Di dalam setahun hanya sebulan
Rukun yang ketiga satu amalan
Seluruh dunia Islam tidak ketinggalanMenunai kewajipan di hari bekalanGenap sebulan kita berpuasa
Berbagai dugaan sudah dirasaSebulan berpuasa rasa tak lama
Kerana menunaikan perintah agama
Di subuh hening takbir bergema
Menandakan syawal telah menjelma
Semua berpakaian anika gaya
Kerana menunaikan sembahyang rayaMenziarahi ke rumah sanak saudara
Supaya terjalin kasih nan mesra
Juadah dihidang bermacam-macam cara
Janganlah lupa kunjungi pusaraAda yang jauh, ada yang dekat
Masing masing bagaikan sudah sepakat
Berkumpul bagaikan satu masyarakat
Sambil berdoa memohon berkatBermohon maaf berjabat tangan
Kisah yang lalu diulang jangan
Sekian sahaja persembahan diberi
Di Hari Raya indah berseri
Ampun dan maaf saudara saudari
Salah silap kami menyusun sepuluh jariIzinkan kami mengundur diri
Dengan ucapan Selamat Aidilfitri